CIRI-CIRI TELEFON ANDROID YANG BAIK

Model Pengeluar
Belilah pengeluar yang rajin memberi sokongan perisian yang baik atau yang berpengalaman dalam produk Android. Buat analisa spesikasi dan perbandingan dengan harga yg sepadan dengan bajet. Soal pilihan model agak subjektif.

 

 

  
                  
Saiz & Resolusi skrin
Telefon Android yang dipilih mestilah sesuai dengan saiz tapak tangan & kemampuan diri. Saiz yang ideal ialah dengan skrin 3.8'. Saiz minimum adalah  lebih baik dengan skrin 3.5', lebih besar lebih baik dan nisbah % melakukan spelling error kurang dari pengguna skrin kecil disebabkan saiz papan kekunci besar dan mudah dipilih. Model telefon Android berskrin kecil mengkin mengalami masalah menekan kekunci maya pada skrin. Saiz paparan kekunci mengikut resolusi dan saiz skrin, papan kekunci yg mengecil menjadi masalah utama untuk menaip mesej atau teks.

Galaxy Ace Duos. kredit dari gsmarena.com 


Galaxy Note kredit dari gsmarena.com

Kamera
Pilih sekurangnya 5 mega piksel jikalau ia datang dengan fungsi flash lampu led, kalau tiada pun tak apa. Lainlah jika menggunakan xenon yang memang terang flashnya. Kamera dari Samsung & Sony mempunyai sensor yang baik dari yang lain. Jangan melihat saiz megapiksel semata-mata, baca dulu reviu dari web popular seperti gsmarena atau phonearena bagi melihat contoh gambar yang diambil. Ramai pembeli telefon mengutamakan kepentingan kamera dari yang lain, pendapat saya ; ini bukan kriteria pertama bagi memilih smartphone. Apakah berbaloi jika mempunyai telefon berkamera baik tetapi perisian UI yang kurang mesra pengguna ?
 kredit dari gsmarena.com
Belian tanpa telco /carrier
Sekarang ni banyak telco (celcom, maxis, digi, u mobile) menjual pakej telefon Android yang murah-murah belaka. Sebenarnya kalau nak dikatakan murah pun tidak juga kerana, pembelian ini terikat dengan kontrak panjang. Beli secara tanpa kontrak adalah lebih baik kerana anda tak terikat dengan hutang. Agak tertekan juga apabila model baru keluar semakin murah.

Harga
Belilah telefon mengikut kemampuan gaji anda. Elakkan membeli semasa model baru keluar, harganya masih panas & agak tinggi. Tunggu dalam 2-3 bulan harganya akan menurun. Elakkan berhutang besar semata untuk Android idaman anda.

Kualiti Binaan & Skrin
Ada 2 model Android yang mempunyai binaan yang padat dan solid. Motorola dan HTC, kualiti badan pada housing HTC One  contohnya mempunyai ketahanan tinggi dari model Samsung Galaxy S2. Motorola Defy pula mempunyai ketahanan yang agak luar biasa dengan fungsi kalis hentak dan kalis air. Sony juga mengikut jejak Motorola Defy dengan model Xperia Active. Model tahan lasak sesuai kepada ibu bapa yg gemar membiarkan anak-anak menggunakan telefon sebagai "permainan" melontar peluru.
 Xperia Active mandi kolam. kredit dari gsmarena.com

Masa
Membeli Android tidak perlu tergesa-gesa, kerana Android yang baru keluar macam pisang goreng. Mengapa ? kerana harganya akan turun dalam 6 bulan. Kadang-kadang  keluaran pertama ada flaw atau masalah hardware yg tak diketahui.

Contoh masalah seperti signal tak kuat macam Iphone4 , masalah BURN pada skrin Nexus 7, bug pada skrin sentuh Archos. Selepas pengguna dan pengeluar menyadi masalah ini, biasanya produk akan di keluarkan semula dengan produksi kedua (macam cetakan kedua buku) bagi penambah baikan kerosakan yang dilaporkan. Masa inilah sesuai untuk membeli model pilihan anda kerana kurang risiko masalah yg sama
kredit dari http://everythingaboutlcdmonitor.com/ 


Walaubagaimanapun terdapat pengeluar seperti Samsung Galaxy S (kod I9000) memasarkan spesifikasi yg lebih baik semasa  atau pengeluaran yg terawal. Spesifikasi Galaxy S berubah menjadi tambahan kod G menjadi kan kod baru I9000G. Bukan setakat kod nama, spesifikasi GPU pun berubah. Model SG I9000 datang dengan GPU Mali400, manakala SG I9000G menggunakan Power VR540. Dari segi kelajuan I9000G agak kurengsedikit, isu ni saya bangkit kemudian.

Rancang dan jangan terus beli
Ini kesilapan yang paling banyak dan kerap. Membeli tanpa perancangan, contohnya Android  dibeli secara tiba2 semasa promosi murah , cheap sale ...kononnya. Tapi  bila datang kerja officemate menjeling2 sibut tanya harga, macam jeles rupanya dia lebih tahu ada kedai yg jual lebih murah

Jaminan Ori atau AP
Sebenarnya semua Android berjenama adalah original, yang buat jadi AP ialah cara edaran pasaran. Belian yg asli/ Original membolehkan Android dituntut pada mana pusat servis bagi tujuan pemulihan dan pembaikan. Tetapi  tuntutan kerosakan set AP hanya boleh dibuat pada kedai yang dibeli. Dari segi kualiti komponen ianya sama, tapi segi sokongan jaminan belian set asli lebih menyenangkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan