Senarai Telefon 3G yang layak di Rebat

Senarai Telefon 3G yang layak di Rebat

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
 20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V79

Syarat
Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, U Mobile, YTL Yes, dan juga TuneTalk akan mengambil bahagian dalam operasi rebat ini.

Syarat rebat Telefon PINTAR RM200

Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun
RM3000 pendapatan bulanan di bawah
Model telefon pintar 3G diluluskan sebanyak RM500 harga maksimum
Hanya telefon pintar untuk belia.
Bagaimana untuk memohon:

Borang pra-pendaftaran mestilah dilengkapkan secara online di laman web www.skmm.gov.my. Pemohon juga boleh mengemukakan kepada Pusat Internet 1Malaysia atau wakil-wakil yang dipilih pembekal yang berdekatan.

Dokumen yang perlu dikemukakan:
Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar sepenuh masa / sambilan

JENIS TELEFON PINTAR MASA KINI


CIRI-CIRI TELEFON ANDROID YANG BAIK

Model Pengeluar
Belilah pengeluar yang rajin memberi sokongan perisian yang baik atau yang berpengalaman dalam produk Android. Buat analisa spesikasi dan perbandingan dengan harga yg sepadan dengan bajet. Soal pilihan model agak subjektif.

 

 

  
                  
Saiz & Resolusi skrin
Telefon Android yang dipilih mestilah sesuai dengan saiz tapak tangan & kemampuan diri. Saiz yang ideal ialah dengan skrin 3.8'. Saiz minimum adalah  lebih baik dengan skrin 3.5', lebih besar lebih baik dan nisbah % melakukan spelling error kurang dari pengguna skrin kecil disebabkan saiz papan kekunci besar dan mudah dipilih. Model telefon Android berskrin kecil mengkin mengalami masalah menekan kekunci maya pada skrin. Saiz paparan kekunci mengikut resolusi dan saiz skrin, papan kekunci yg mengecil menjadi masalah utama untuk menaip mesej atau teks.

Galaxy Ace Duos. kredit dari gsmarena.com 


Galaxy Note kredit dari gsmarena.com

Kamera
Pilih sekurangnya 5 mega piksel jikalau ia datang dengan fungsi flash lampu led, kalau tiada pun tak apa. Lainlah jika menggunakan xenon yang memang terang flashnya. Kamera dari Samsung & Sony mempunyai sensor yang baik dari yang lain. Jangan melihat saiz megapiksel semata-mata, baca dulu reviu dari web popular seperti gsmarena atau phonearena bagi melihat contoh gambar yang diambil. Ramai pembeli telefon mengutamakan kepentingan kamera dari yang lain, pendapat saya ; ini bukan kriteria pertama bagi memilih smartphone. Apakah berbaloi jika mempunyai telefon berkamera baik tetapi perisian UI yang kurang mesra pengguna ?
 kredit dari gsmarena.com
Belian tanpa telco /carrier
Sekarang ni banyak telco (celcom, maxis, digi, u mobile) menjual pakej telefon Android yang murah-murah belaka. Sebenarnya kalau nak dikatakan murah pun tidak juga kerana, pembelian ini terikat dengan kontrak panjang. Beli secara tanpa kontrak adalah lebih baik kerana anda tak terikat dengan hutang. Agak tertekan juga apabila model baru keluar semakin murah.

Harga
Belilah telefon mengikut kemampuan gaji anda. Elakkan membeli semasa model baru keluar, harganya masih panas & agak tinggi. Tunggu dalam 2-3 bulan harganya akan menurun. Elakkan berhutang besar semata untuk Android idaman anda.

Kualiti Binaan & Skrin
Ada 2 model Android yang mempunyai binaan yang padat dan solid. Motorola dan HTC, kualiti badan pada housing HTC One  contohnya mempunyai ketahanan tinggi dari model Samsung Galaxy S2. Motorola Defy pula mempunyai ketahanan yang agak luar biasa dengan fungsi kalis hentak dan kalis air. Sony juga mengikut jejak Motorola Defy dengan model Xperia Active. Model tahan lasak sesuai kepada ibu bapa yg gemar membiarkan anak-anak menggunakan telefon sebagai "permainan" melontar peluru.
 Xperia Active mandi kolam. kredit dari gsmarena.com

Masa
Membeli Android tidak perlu tergesa-gesa, kerana Android yang baru keluar macam pisang goreng. Mengapa ? kerana harganya akan turun dalam 6 bulan. Kadang-kadang  keluaran pertama ada flaw atau masalah hardware yg tak diketahui.

Contoh masalah seperti signal tak kuat macam Iphone4 , masalah BURN pada skrin Nexus 7, bug pada skrin sentuh Archos. Selepas pengguna dan pengeluar menyadi masalah ini, biasanya produk akan di keluarkan semula dengan produksi kedua (macam cetakan kedua buku) bagi penambah baikan kerosakan yang dilaporkan. Masa inilah sesuai untuk membeli model pilihan anda kerana kurang risiko masalah yg sama
kredit dari http://everythingaboutlcdmonitor.com/ 


Walaubagaimanapun terdapat pengeluar seperti Samsung Galaxy S (kod I9000) memasarkan spesifikasi yg lebih baik semasa  atau pengeluaran yg terawal. Spesifikasi Galaxy S berubah menjadi tambahan kod G menjadi kan kod baru I9000G. Bukan setakat kod nama, spesifikasi GPU pun berubah. Model SG I9000 datang dengan GPU Mali400, manakala SG I9000G menggunakan Power VR540. Dari segi kelajuan I9000G agak kurengsedikit, isu ni saya bangkit kemudian.

Rancang dan jangan terus beli
Ini kesilapan yang paling banyak dan kerap. Membeli tanpa perancangan, contohnya Android  dibeli secara tiba2 semasa promosi murah , cheap sale ...kononnya. Tapi  bila datang kerja officemate menjeling2 sibut tanya harga, macam jeles rupanya dia lebih tahu ada kedai yg jual lebih murah

Jaminan Ori atau AP
Sebenarnya semua Android berjenama adalah original, yang buat jadi AP ialah cara edaran pasaran. Belian yg asli/ Original membolehkan Android dituntut pada mana pusat servis bagi tujuan pemulihan dan pembaikan. Tetapi  tuntutan kerosakan set AP hanya boleh dibuat pada kedai yang dibeli. Dari segi kualiti komponen ianya sama, tapi segi sokongan jaminan belian set asli lebih menyenangkan. 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEFON BIMBIT


Kebaikan Telefon Bimbit

1)    Alat perhubungan / komunikasi

Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

2)    Mendapat maklumat terkini

Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.

3)    Sebagai Alat Hiburan 

Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter

4)    Memudahkan Kerja

Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Keburukan Telefon Bimbit

1)    Penyebaran khabar angin

Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.

2)    Penyebaran unsur-unsur lucah

Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya telefon bimbit.  Kebolehan telefon bimbit untuk memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah. 

3)    Pembaziran Wang

Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada pembekal servis talian.

4)    Pembaziran Masa

Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa. Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain “games”, melayari laman-laman sosial, melayan sms/mms dan juga ber”chatting”. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa dengan keluarga telah terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

5)    Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan

Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa hadapan?

6)    Menjejaskan Kesihatan

Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada “screen” yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas sms. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

7)    Menjejaskan Pelajaran


Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan kepada apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua pihak. Jangan hanya kerana satu dua kebaikan telah menutup empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan membawa telefon bimbit ke sekolah.

ANDROID



Apa itu Android ? Mungkin pertanyaan ini yang selalu muncul diminda kita terutama yang dulunya belum mengenali Android atau masih mahu mencari tentang apa dan bagaimana Android itu. Berikut sedikit maklumat tentang Android. Pada dasarnya Android adalah sebuah nama untuk sistem operasi pada suatu gadget seperti komputer tablet, smartphone, dan telephone cellular. Sistem operasi yang digunakan berasaskan Linux. Pengguna Gadget pastilah tidak asing lagi dengan sistem operasi yang dikembangkan oleh Google Inc.

Simbol / logo Android berbentuk robot dengan dua antena dikepalanya, ini melambangkan bahawa Android merupakan simbolis dari sistem operasi kelas atas untuk gadget dan smartphone. Dari awal kemunculannya pada tahun 2007, Android sudah beberapa kali melakukan pembaharuan versinya. Versi pada Android memiliki pelbagai nama yang unik.

VERSI ANDROID
Setelah mengetahui sekilas tentang apa itu Android, kurang lengkap rasanya jika tidak sedikit membahaskan versi versi pada Android. Dari masa ke semasa, Android terus mengalami pembaharuan versi untuk meningkatkan mutu kerjanya. Dan berikut sedikit versi versi Android dari pertama sampai terbaru.

ANDROID JELLY BEAN ( VERSI 4.2 )

Android versi 4.2 ini merupakan versi terbaru dari versi versi Android sebelumnya. Jelly Bean V.4.2 dikatakan lebih hebat dan inovatif dibandingkan dengan sebelumnya. Beberapa aplikasi yang diperbaharui dalam sistem operasi ini antara lain Notifications, Google Assistant, Face unlock dengan Liveness Check, Barrel Roll, Smart Widget, Google Now, Tehnologi Project Butter untuk meningkatkan responsifitas yang sangat baik, Sistem operasi yang cepat dan Ringan, Full Chrome browser menjejalah internet menggunakan Google Chrome seperti pada PC.

ANDROID JELLY BEAN ( VERSI 4.1 )

Jelly Bean-Android versi 4.1 yang dilancarkan pada acara Google I/O membawa aplikasi-aplikasi baru yang menarik, beberapa aplikasi yang diperbaharui dalam sistem operasi ini antara lain, pencarian dengan menggunakan Voice Search yang lebih cepat, informasi cuaca, lalu lintas, hasil pertandingan olahraga yang cepat dan tepat, selain itu versi 4.1 ini juga mempunyai aplikasi keyboard virtual yang lebih baik. Permasalahan umum yang sering ditemui pengguna Android adalah baterai, namun baterai dalam sistem Android Jelly Bean versi 4.1 ini dikatakan cukup bagus.

ANDROID ICE CREAM SANDWICH / ICS ( VERSI 4.0 )

Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich atau disingkat ICS adalah android pertama yang mempunyai aplikasi baru membuka kunci dengan pengenalan wajah. Aplikasi ini belum dimiliki oleh Android versi dibawah Ice Cream Sandwich tetapi sudah disempurnakan pada versi selepasnya. Selain itu Ice Cream Sandwitch juga mempunyai penampilan Interface yang bersih dan smooth.


Ice Cream Sandwitch juga mempunyai font yang bernama Roboto. Jika digunakan font ini terlihat sangat simpel namun menarik, kemunculan yang diciptakan oleh font Roboto sungguh unik dan berkesan.

ANDROID HONEYCOMB ( VERSI 3.0 / 3.1 )

Android versi 3.0/3.1 Honeycomb berbeza dengan versi versi android lain. Android Honeycomb dikhususkan untuk komputer tablet. Pembawaan sistem operasi ini juga telah disesuaikan untuk tablet. Sistem operasi ini boleh kita lihat pada Eee Pad Transformer produksi dari brand seperi "Asus".

Built-in Video Calling Google Talk merupakan salah satu aplikasi yang ada pada Honeycomb. Perubahan besar-besaran pada Android Honeycomb yang dilakukan untuk tablet sangat profesional.

ANDROID GINGERBREAD ( VERSI 2.3 )

Android versi 2.3 Gingerbread meningkatkan prestasi dan kemampuan umum, seperti game, audio, video, kamera dll. Fungsi dan penerapan copy paste juga telah dioptimalkan. Android Gingerbread merupakan evolusi ke 6 dari versi awal Android.

Beberapa aplikasi Gingerbread ialah :
- User interface hemat energi
- Keyboard virtual dengan word selection
- Power Management
- App control
- Dukungan jumlah kamera yang lebih dari satu

ANDROID FROZEN YOGURT / FROYO ( VERSI 2.2 )

Android versi 2.2 Froyo pertama dilancarkan pada tahun 2010.
Frozen Yogurt telah dilengkapi dengan aplikasi Adobe Flash 10.1, kelajuannya pada sistem ini juga adalah dari 3 sampai 5 kali lebih cepat dari sebelumnya.



Beberapa aplikasi dalam Android Froyo :
- Mampu merakam video dengan HD Quality
- Boleh meletakkan aplikasi di dalam MMC/SD Card
- Boleh untuk dijadikan Hotspot
- Prerformance yang meningkat
- Kemampuan auto update dalam Android Market

ANDROID ECLAIR ( VERSI 2.0 / 2.1 )

Android versi 2.0 / 2.1 atau juga disebut Android Eclair merupakan generasi ke 4 dari versi Android, Versi Eclair lebih memfokuskan pada kemajuan hardware, selain itu Google Map pada Android Eclair juga ditingkatkan (Google Map 3.1.2).



Beberapa aplikasi lain yang dikembangkan pada Android Eclair, antaranya :
- Kamera 3,2 Megapixel yang didukung oleh "flash"
- Daftar kontak baru yang elegan
- Pada versi ini HTML5 telah terdukung pada perubahan UI dengan browser
   baru.
- Bluetooth 2.1 dengan kecepatan trasfer file lebih unggul.

ANDROID DONUT ( VERSI 1.6 )


Dilihat dari namanya mungkin kita akan membayangkan suatu kuih yang boleh kita makan, donat. Namun donat yang satu bukanlah nama makanan, melainkan nama lain dari Versi Android 1.6.


Android Donut lebih mengembangkan aplikasi - aplikasi seperti :
- Proses searching yang lebih baik dibandingkan versi sebelumnya.
- Aplikasi pada galeri yang lebih "user friendly".
- Resolusi Layar WVGA.
- Peningkatan Android Market dan Aplikasi dari versi sebelumnya.
- Upgradeable ke versi 2.1 (Eclair).

ANDROID CUPCAKE ( VERSI 1.5 )

Android Cupcake atau Android Versi 1.5 merupakan perkembangan dari versi terdahulu Android 1.1. Versi ini menaikkan penuh untuk upload Video ke Youtube atau Gambar ke Picasa terus dari telefon selular. Bluetooth A2DP juga sudah beroperasi pada Android versi Cupcake ini.

Android  Cupcake pertama kali dilancarkan pada bulan Mei 2009. Dalam versi ini Google telah melancarkan telefon selular dengan menggunakan Android dan Software Development Kit / SDK dengan versi 1.5 atau yang disebut dengan Cupcake.

ANDROID VERSI 1.1

Tepat dua bulan sebelum pelancaran Android Versi 1.5, Android Versi 1.1 hadir tepat pada tanggal 9 Mac 2009.

Android versi ini dilengkapi dengan pembaruan estetis pada Aplikasi :
- Pesan
- Alarm
- Jam
- Voice search
- Pengiriman pesan Gmail
- Pemberitahuan Email masuk
- Browsing

Demikianlah adalah sedikit informasi tentang Android dan versi Android. Semakin tinggi versi Android pada penggunaan telefon selular atau tablet, maka akan lebih banyak aplikasi menarik dan kecepatan akses yang tinggi.